Kamis, 26 Februari 2015

Cara Memotong Kuku Sesuai Dengan Sunnah Nabi

MEMOTONG KUKU
FITRAH RASULULLAH SHALLALLAHU 'ALAIHI
WASALLAM
    ☆   。    ☆。    ☆ 
   ★。
ﺑﺴــﻢ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﻟﺮﺣﻤــﻦ ﺍﻟﺮﺣــﻴﻢ /
BismiLlaahirRahmaanirRahiim.
ﻟﺴَّﻼَﻡ ُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺕ ./
Assalaaamu'alaykum warahmatuLlaahi
wabarakaatuh
Kuku ialah selaput atau bahagian keras yang
tumbuh pada ujung jari manusia, benda keras
yang menganjur yang tumbuh pada ujung kaki
binatang (ada yang besar dan ada yang
panjang dan tajam).
Kuku yang diciptakan Allah Subhanahu wa
Ta'ala mempunyai peranan dan
kepentingannya yang tersendiri kepada
manusia. Dalam hukum Islam, kuku berperan
alam beberapa perkara hukum yang tidak
seharusnya diabaikan oleh umat Islam.
Walaupun ia dilihat hanya seolah-olah
perkara kecil, namun kadang-kadang ia
adalah perkara besar, sebagai contoh kuku
bisa menyebabkan tidak sah wudhu atau
mandi junub, jika air tidak atau terhalang
sampai ke kuku.
Beberapa permasalahan yang berhubungan
dengan kuku dari segi hukum, hikmah
memotong kuku, memanjangkan dan
mewarnanya
1. Hukum Dan Hikmah Memotong Kuku
Memotong kuku adalah termasuk dalam
amalan sunah. Sebagaimana disebutkan
dalam hadis dari 'Aisyah Radhiallahu 'anha
yang maksudnya: "Sepuluh perkara dikira
sebagai fitrah (sunnah): memotong kumis,
memelihara jenggot, bersiwak, memasukkan
air ke hidung, memotong kuku, membasuh
sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur
bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja),
berkata Zakaria: "berkata Mus'ab: "Aku lupa
yang kesepuluh kecuali berkumur." (Hadis
riwayat Muslim)
Memotong kuku adalah sunah bagi lelaki dan
perempuan sama ada kuku tangan atau kaki.
Adapun hikmah daripada memotong kuku
ialah menghilangkan segala kotoran yang
melekat atau berkumpul di celah kuku, yang
mana kotoran tersebut bisa menghalangi
sampainya air ketika bersuci.
Selain daripada itu, jika kuku itu pula
dibiarkan panjang dan segala kotoran atau
najis melekat di dalamnya, nescaya ia bisa
berpengaruh pada kesihatan.
2. Cara Dan Benda Untuk Memotong Kuku
Sunah memotong kuku dimulai daripada
tangan kanan kemudian tangan kiri,
memotong kuku kaki kanan kemudian kaki
kiri.
Menurut Imam an-Nawawi, sunah memotong
kuku dimulai jari tangan kanan
keseluruhannya daripada jari telunjuk
sehingga jari kelingking kemudian tangan kiri
dari jari kelingking sehingga ibu jari.
Sementara kuku kaki pula, dimulai kaki kanan
dari jari kelingking sehinggalah ibu jari
kemudian kaki kiri daripada ibu jari
sehinggalah kelingking.
Harus seseorang itu memotong kukunya
dengan menggunakan gunting, pisau atau
benda yang khas yang tidak menyebabkan
mudharat pada kuku atau jari seperti yang
dikenali sebagai alat pemotong kuku.
Setelah selesai memotong kuku, sayogyanya
segera membasuh tangan (tempat kuku yang
telah dipotong) dengan air. Ini kerana jika
seseorang itu menggaruk pada anggota lain,
ditakuti akan menghidap penyakit kusta.
Menurut kitab al-Fatawa al-Hindiyah dalam
mazhab Hanafi bahawa makruh memotong
kuku dengan menggunakan gigi kerana ia
boleh mewarisi penyakit kusta.
3. Waktu Memotong Kuku
Dalam perkara memotong kuku, waktu juga
diambil kira dan diambil perhatian dalam
Islam. Adapun waktu memotong kuku itu
tergantung pada panjang kuku tersebut.
Kapanpun diharuskan memotong kuku apabila
seseorang itu berkehendak pada
memotongnya.
Akan tetapi janganlah membiarkan kuku
tersebut tidak dipotong sehingga melebihi
empat puluh hari. Sebagaimana diriwayatkan
daripada Anas bin Malik yang maksudnya :
"Telah ditentukan waktu kepada kami
memotong kumis, memotong kuku, mencabut
bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar
kami tidak membiarkannya lebih daripada
empat puluh malam."
(Hadis riwayat Muslim)
Adapun menurut Imam asy-Syafi'e dan
ulama-ulama asy-Syafi'yah, sunah
memotong kuku itu sebelum mengerjakan
sembahyang Juma'at, sebagaimana
disunahkan mandi, bersiwak, berharuman,
berpakaian rapi sebelum pergi ke masjid
untuk mengerjakan sembahyang Juma'at.
Diriwayatkan oleh Abu Sa'id al-Khudri dan
Abu Hurairah
Radhiallahu 'anhuma berkata yang
maksudnya :
Maksudnya: "Bersabda Rasulullah Shallallahu
'alaihi wasallam: "Sesiapa yang mandi pada
hari Juma'at, bersiwak, berwangian jika
memilikinya dan memakai pakaian yang
terbaik kemudian keluar rumah sehingga
sampai ke masjid, dia tidak melangkahi
(menerobos masuk) orang-orang yang telah
bersaf, kemudian dia mengerjakan
sembahyang sembahyang sunah, dia diam
ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak
berkata-kata sehingga selesai mengerjakan
sembahyang, maka jadilah penebus dosa di
antara Juma'at itu dan Juma'at sebelumnya."
(Hadis riwayat Ahmad)
Daripada Abu Hurairah katanya yang
maksudnya : "Bahawasanya Rasulullah
Shallallahu 'alahi wasallam memotong kuku
dan mengunting kumis pada hari Juma'at
sebelum Baginda keluar untuk
bersembahyang."
Hari-Hari Memotong kuku
(Riwayat al-Bazzar dan ath-Thabrani)
Sementara menurut Ibnu Hajar Rahimahullah
pula, sunah memotong kuku itu pada hari
Khamis atau pagi Juma'at atau pada hari
Isnin.
Terdapat dalam sebuah hadith Nabi
Rasulullah Shallallahu 'alahi wasallam
bermaksud;
“Barangsiapa memotong kuku atau mengerat
kuku pada hari;
SABTU -> Mempusakai penyakit akilah (yang
disebabkan banyak makan)
AHAD -> Hilang berkat
ISNIN-> Mempusakai alim fadhil (berilmu dan
mempunyai kelebihan)
SELASA -> Mempusakai kebinasaan
RABU -> Mempusakai jahat perangai
KHAMIS -> Mempusakai kaya
JUMAAT -> Mempusakai ilmu dan lemah
lembut
(Dipetik dari kitab Al-Jauharul Mauhub Wa
Munabbahatul
Qulub Jilid 1)
4. Menanam Potongan Kuku
Islam sangat perihatin terhadap memuliakan
anak Adam termasuk memuliakan anggota
badan manusia. Potongan-potongan kuku
sunah ditanam di dalam tanah sebagai tanda
menghormatinya, kerana ia salah satu
daripada anggota manusia. Sebagaimana
disebutkan dalam kitab Fath al-Bari, bahawa
Ibnu 'Umar Radhiallahu 'anhu menanam
potongan kuku.
5. Memotong Kuku Ketika Haid, Nifas Dan
Junub
Menurut kitab Al-Ihya', jika seseorang itu
dalam keadaan junub atau berhadas besar,
jangan dia memotong rambut, kuku atau
mengeluarkan darah atau memotong sesuatu
yang jelas daripada badannya sebelum dia
mandi junub. Kerana segala potongan itu di
akhirat kelak akan kembali kepadanya dengan
keadaan junub.
6. Memanjangkan Kuku Dan Mewarnainya
( Cutex)
Tabiat memanjangkan kuku dan
membiarkannya tanpa dipotong adalah
perbuatan yang bertentangan dengan sunnah
Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihhi
wasallam , kerana Baginda menggalakkan
supaya memotong kuku. Jika dibiarkan kuku
itu panjang, nescaya banyak perkara-perkara
yang membabitkan hukum seperti wudhu,
mandi wajib dan sebagainya.
Adapun dalam hal mewarnai kuku (cutex),
perempuan yang bersuami adalah haram
mewarnai kuku jika suaminya tidak
mengizinkan. Sementara perempuan yang
tidak bersuami pula, haram baginya mewarnai
kuku. Demikian juga jika pewarna itu
diperbuat daripada benda najis adalah haram
digunakan melainkan ada hajat seperti
berubat.
Jika pewarna kuku itu boleh menghalang
daripada masuknya air, maka wajiblah
dibersihkan pewarna tersebut. Jika tidak
dibersihkan ia daripada kuku tangan atau
kaki, maka tidaklah sah wudhu apabila dia
berhadas kecil, atau mandi wajib apabila dia
berhadas besar iaitu haid, nifas atau junub.
Hal ini berbeda pula dengan berinai, kerana
perempuan yang bersuami atau perempuan
yang hendak berihram sunah baginya berinai
atau berpacar. Walau bagaimanapun cara
berinai yang disunahkan itu ialah dengan
menggunakan daun inai pada seluruh dua
telapak tangan hingga ke pergelangan tangan.
Disunahkan juga menyapukan sedikit inai
kemuka, sebab ketika ihram, perempuan
disuruh membuka muka dan kadang-kadang
kedua telapak tangannya akan terbuka. Maka
dengan berinai itu akan menutupi warna kulit
tangan dan muka.
Adapun perempuan yang tidak bersuami,
adalah makruh berinai (menginai seluruh dua
telapak tangan hingga ke pergelangan
tangan) tanpa ada sesuatu sebab keuzuran
dan tidak pula bermaksud untuk melakukan
ihram. Ini kerana ditakuti akan menimbulkan
fitnah.
Sementara cara berinai dengan hanya
menginaikan ujung-ujung jari sahaja dan
membuat ukiran-ukiran tertentu adalah tidak
dianjurkan, bahkan haram hukumnya berbuat
begitu. Akan tetapi diharuskan bagi
perempuan yang bersuami berinai dengan
cara berkenaan dengan syarat ada keizinan
daripada suami. Ini memandangkan ada
tujuan isteri berhias untuk suami. Jika tanpa
ada keizinan suami maka hukumnya tetap
haram.
Manakala hukum berinai bagi kaum lelaki
pada dua tangan dan kaki adalah haram.
Sebagaimana diriwayatkan oleh Anas bin
Malik katanya yang maksudnya :
"Bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam
melarang kaum lelaki memakai za'faran
(kuma-kuma)." (Hadis riwayat Muslim)
Tambahan lagi, perbuatan berinai pada
tangan dan kaki itu terdapat di dalamnya
unsur-unsur menyerupai cara kaum wanita
berhias. Akan tetapi jika lelaki itu berinai
kerana ada keuzuran iaitu ada keperluan atau
hajat seperti untuk berubat, tidaklah
diharamkan malahan tidak juga dimakruhkan
ke atasnya berinai.
Semoga Bermanfaat..
Salam Erat Silaturrahim wa Ukhuwah Fillah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar